bermula dr KUiTTHO sehingga r bertukar nm UTHM, ak menuntut ilmu dr diploma hingga degree..slama 5thn menuntut ilmu nie, mudah2an dpt r keje yg baik n bgs lg halal serta menjadi insan yg berguna..xsangka, jap je ms berlalu..
kpd mak n abah yg byk berjasa & berkorban utk ak, terima ksh byk2..Insya Allah ak akn jd ankmu yg baik & mengenang budi..dr tadika sehingga skrg & ak lah yg byk menghabiskan duit abah sbb ak sambung blajo..tp pasnie xdpt r nk smbg master cz abah dh pencen..kalo nk sambung pon keje dlu r, Insya Allah..
kwn2 ak dr diploma hngga skrg spt aisya, ju, bahrin n fazli..dorg je yg akrab dgn ak dr dlu smpi skrg..xlupe gk kwn2 yg ln yg byk bantu ak slame nie, tanx so much..sgala jasa korg hny Allah sj yg dpt balas..sume gurau2, terslh ckp tu perkara biasa dlm berkwn.ak mtk maaf.0-0 yerk..mkn minum n sgala ilmu ak nk mtk halalkn..ak de hutang dgn sape2 x ek? hm, kalo ak terlupa igtkn ak la yerk..sorry..
sgala kenangan bersama korg akn kuabadikan...
5thn d UTHM
Nov 26, 2008
Posted by e-za at 1:41 AM 0 comments
mlm pra graduasi
malam 24/11/2008 adalah majlis dinner bagi student BEM, BER, BET n BEP..itulah course bg rakan2 seperjuanganku selama 2thn stgh (degree)..ni la saat2 terakhir cz pasni msg2 dh blk ke kg msg2..so ssh la nk jmp lps nie..hmm..sedih2..hotel katerina menjadi pilihan utk majlis ini..ni kali ke-2 ak menjejakkan kaki ak ke cni..
nk dikatakan citer, uhh pelbagai gaya pakaian yg dipakai oleh bdk2 ni especially pmpn r,haha..tp still bertemakan tradisional..yg laki lak kebanyakannye berbaju melayu je r.tp still nmpk handsome, kacak n macho..wah..blh bt choice, haha..yela, mn x nye dgn bersongkok dan bersamping, blh cair,hehe..sj jerk bt lawak..king of d night ialah helmi n queen of d nigth ialah azlinda..ala, nk tunjuk gmbo sbnrnye, tp...gmbo kt external hardisk.ln kali r upload, huhu...
last, kitorg menyetan, haha..ade yg karaoke kt dpn..yg xpnh karaoke pon blh jd.cm xcy lak,wakakah..abstu, kalo xguna bazir plak.RM 300 tue..hah, terlupa plak psl persembahan zapin yg dipesembahkan oleh jejaka2 idaman semelaya..pehh, yg keras pon blh jd lembut..best n srnk tgk dorg zapin..wlpn agk berterabur n xbrape kemas, tp still ok r..hmm..terkilan rs.ak nk blajo gk zapin aritu tp xnk r bt persembahan..tp syg tibe2 zapin pmpn cancel lak..xde rezki kot..srh suami ak je la yg ajar nnt, hehe..tu pon kalo die pndi, haha..
cm dh pjg je ak celoteh nie,hehe..ok r,gmbo akan diupload nnt..igt tau zah, jgn lupe lak.. yg pntg i will remember all memories with u all, saaayang korg sume..u all mmg best :)
Posted by e-za at 12:33 AM 0 comments
bila akn berakhir???
hmm..dh lm rsnye x update blog ini kan.. terlanjur ade ms n xtau nk wat pe nie, blh r ak coret2 ckt..
slesai gk akhirnye final terakhir ak sbg student kt UTHM nie..dh 5 thn stgh ak duk stdy kat cni..sdar xsdar Alhamdulillah habis gak akhirnye..skrg tgu LI plak bbrp bln bg melengkapkan ak punya degree..tp tpt LI xdpt lg nih.cmne yerk.mudah2an dpt la kn..
tibe2 rs tkt plak nk hadapi dunia pekerjaan kat luar sn bl sebut dh abs stdy nie, huhu..maklum r mcm2 ade kt luar sn sm ade baik or buruk..lgpon tkt gk nk keje cz cm xtau pe2, hehe...sbnrnye ak xminat sgt elektrik ni, tu yg cm xtau pe2..hah padan muka sdiri..tp xpe la, mybe de hikmah disebalik sume ini..xminat pon, abs gk,haha..hmm, nk coret pe lg yerk..ntah,haha..ok la, chaiyok2 faizah!!! demi mak n abah tersayang, ko harus kuat dan tabah...
Posted by e-za at 12:21 AM 0 comments
Persimpangan Usaha & Takdir
Nov 2, 2008
“Usaha Tangga Kejayaan”. Itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila satu impian yang ingin dicapai kian hampir ke penghujungnya. Pasti penat lelah, pahit perit, dan segala tekanan tidak lagi dirasai apabila sebuah kejayaan kian hampir di dalam genggaman kita. Wah! Bahagianya hidup apabila segala yang diimpikan menjadi kenyataan.
Dalam sedang bergembira dengan kejayaan kian tiba, jangan dilupakan kepada Allah s.w.t. yang mempunyai kekuasaanNya ke atas takdir. Kata seorang ustaz di kampung saya, “Kita ada 99 jalan usaha, pilihlah dengan sebaik-baiknya. Tetapi kita kena ingat bahawa satu lagi adalah takdir yang menentukan samada kita berjaya atau tidak”. Itulah yang penulis takut untuk bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, bimbang kalau-kalau kita sudah bersusah payah menempuhi segala dugaan dan akhirnya kita menemui kegagalan. Pasti kekecewaan menyelubungi diri dan tidak lagi mahu berusaha kerana minda kita telah disetkan dengan situasi “Buatlah apa pun, kegagalan sudah menanti”. Bagi insan yang kurang berpengetahuan agama sudah pastinya dia akan menyalahkan takdir. Dalam hatinya akan berdetak “Isy, kalau aku tak buat macam ni, mesti boleh berjaya” ataupun “waktu ini laa nak demam, tension aku”.
Tahukah teman-teman sekalian, dalam keadaan begini secara tidak sedar kita telah menyalahkan Allah sebenarnya. Siapalah kita mahu mempertikaikan rancangan Allah? Sedangkan rancangan kita juga telah dirancang oleh Allah yang Maha Berkuasa.
Walaupun kita mempunyai 99 jalan usaha dan satu lagi adalah takdir, ini tidak bermakna kita tidak boleh berusaha keras untuk mengejar sebuah kejayaan. Kita kena terima dengan hati yang terbuka dan kita kena tahu ini adalah satu tarbiyyah yang Allah wujudkan untuk menguji keimanan kita. Bayangkan dalam kita berusaha, kita didatangi musibah seperti demam, sakit, kemalangan atau sebagainya. Pernahkah kita dengar ‘Penyakit penghapus dosa’? inilah yang dikatakan bahawa Allah menyayangi kita. Dia tidak mahu kejayaan kita sebenarnya hasil dari perkara yang tidak elok. Ini untuk muhasabah kita bersama mengapa kita ditimpa musibah? Muhasabah Cinta. Singkap kembali apa yang telah kita lakukan. Adakah apa yang telah kita usahakan disertakan dengan niat yang ikhlas? Ataupun kita melakukan kerja tersebut tanpa keredhaanNya?
Pernah penulis membaca satu komik yang dibeli oleh adik iaitu komik manga yang bertajuk “Mengitai Busur Beradu”. Komik ini berkisarkan suasana kelab memanah di kolej tinggi. Kata-kata yang boleh diambil dari komik ini adalah “Walaubagaimanapun kita berusaha, tidak semestinya kita akan memperolehi 100% kesempurnaan. Pasti akan ada kekurangan dalam usaha kita. Kekurangan itulah yang membuatkan kita lebih menghargai usaha yang telah kita lakukan”. Mungkin jika usaha kita sesempurna yang kita rancangkan akan adanya perasaan riak, takbur dan ujub di hati sedangkan jika usaha kita disertakan dengan riak, takbur dan ujub, usaha tersebut tidak dipandang oleh Allah s.w.t.. Renungkan...
Di sini penulis tinggalkan satu persoalan untuk kita bersama fikirkan...
Adakah anda redha dalam mencari keredhaanNya?
Posted by e-za at 2:21 AM 0 comments