“Usaha Tangga Kejayaan”. Itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila satu impian yang ingin dicapai kian hampir ke penghujungnya. Pasti penat lelah, pahit perit, dan segala tekanan tidak lagi dirasai apabila sebuah kejayaan kian hampir di dalam genggaman kita. Wah! Bahagianya hidup apabila segala yang diimpikan menjadi kenyataan.
Dalam sedang bergembira dengan kejayaan kian tiba, jangan dilupakan kepada Allah s.w.t. yang mempunyai kekuasaanNya ke atas takdir. Kata seorang ustaz di kampung saya, “Kita ada 99 jalan usaha, pilihlah dengan sebaik-baiknya. Tetapi kita kena ingat bahawa satu lagi adalah takdir yang menentukan samada kita berjaya atau tidak”. Itulah yang penulis takut untuk bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, bimbang kalau-kalau kita sudah bersusah payah menempuhi segala dugaan dan akhirnya kita menemui kegagalan. Pasti kekecewaan menyelubungi diri dan tidak lagi mahu berusaha kerana minda kita telah disetkan dengan situasi “Buatlah apa pun, kegagalan sudah menanti”. Bagi insan yang kurang berpengetahuan agama sudah pastinya dia akan menyalahkan takdir. Dalam hatinya akan berdetak “Isy, kalau aku tak buat macam ni, mesti boleh berjaya” ataupun “waktu ini laa nak demam, tension aku”.
Tahukah teman-teman sekalian, dalam keadaan begini secara tidak sedar kita telah menyalahkan Allah sebenarnya. Siapalah kita mahu mempertikaikan rancangan Allah? Sedangkan rancangan kita juga telah dirancang oleh Allah yang Maha Berkuasa.
Walaupun kita mempunyai 99 jalan usaha dan satu lagi adalah takdir, ini tidak bermakna kita tidak boleh berusaha keras untuk mengejar sebuah kejayaan. Kita kena terima dengan hati yang terbuka dan kita kena tahu ini adalah satu tarbiyyah yang Allah wujudkan untuk menguji keimanan kita. Bayangkan dalam kita berusaha, kita didatangi musibah seperti demam, sakit, kemalangan atau sebagainya. Pernahkah kita dengar ‘Penyakit penghapus dosa’? inilah yang dikatakan bahawa Allah menyayangi kita. Dia tidak mahu kejayaan kita sebenarnya hasil dari perkara yang tidak elok. Ini untuk muhasabah kita bersama mengapa kita ditimpa musibah? Muhasabah Cinta. Singkap kembali apa yang telah kita lakukan. Adakah apa yang telah kita usahakan disertakan dengan niat yang ikhlas? Ataupun kita melakukan kerja tersebut tanpa keredhaanNya?
Pernah penulis membaca satu komik yang dibeli oleh adik iaitu komik manga yang bertajuk “Mengitai Busur Beradu”. Komik ini berkisarkan suasana kelab memanah di kolej tinggi. Kata-kata yang boleh diambil dari komik ini adalah “Walaubagaimanapun kita berusaha, tidak semestinya kita akan memperolehi 100% kesempurnaan. Pasti akan ada kekurangan dalam usaha kita. Kekurangan itulah yang membuatkan kita lebih menghargai usaha yang telah kita lakukan”. Mungkin jika usaha kita sesempurna yang kita rancangkan akan adanya perasaan riak, takbur dan ujub di hati sedangkan jika usaha kita disertakan dengan riak, takbur dan ujub, usaha tersebut tidak dipandang oleh Allah s.w.t.. Renungkan...
Di sini penulis tinggalkan satu persoalan untuk kita bersama fikirkan...
Adakah anda redha dalam mencari keredhaanNya?
Persimpangan Usaha & Takdir
Nov 2, 2008
Posted by e-za at 2:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment